Cara-cara dan Undang-Undang Membeli

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua .

Bismillah

Page ini memaparkan cara-cara serta undang-undang membeli item atau produk dari pihak Geliga Idaman .

Permata yang dipamerkan akan dimaharkan mengikut harga yang telah ditetapkan pada kadar mininum dan berpatutan .

Permata akan dimaharkan mengikut kod dan anda perlu Lock atau Grab item mengikut kod item . 

Cara-cara Lock :

Item yang dikeluarkan akan diletak kan kod dan harga .
Contoh  : 

Kecubung Air 
KOD : KA-1001-1A
RM40.00

Anda perlu menulis di bahagian ulasan :
 Lock KA-1001-1A
Pihak saya akan membalas
 Lock Terima . Maka item tersebut telah di lock anda .

Cara-cara Grab :

Item yang dikeluarkan akan diletak kan kod dan harga .

Contoh  :
Kecubung Air 
KOD : KA-1001-1A
RM40.00

Anda perlu menulis di bahagian ulasan :
 Grab KA-1001-1A
Pihak saya akan membalas
 Grab diterima . Maka item tersebut telah di Grab oleh anda .
*Sekiranya item tersebut di Lock oleh seseorang namun belum menjelaskan pembayaran . Pihak Grab yang Grab item tersebut boleh mengambil perluang untuk memilik item tersebut .

Tempoh Pembayaran 

Pembayaran bagi Lock hanya sah tarikh tempoh seminggu dari tarikh Lock . Maksud nya jika anda telah Lock item , anda perlu melunas kan pembayaran sebelum tempoh seminggu dari tarikh Lock tersebut .

Pembayaran bagi Grab pula hanya sah pada waktu 24 jam sahaja . Maksud nya jika anda telah Grab item , anda perlu melunaskan pembayaran pada waktu 24 jam sahaja . Jika pembayaran tidak dapat dilunaskan selepas 24 jam maka Grab anda secara automatik akan di UNGRAB (UNGRAB KA-1001-1A ) . Bermaksud pelanggan lain berhak membuat sebarang Lock dan Grab sekali lagi keatas item tersebut .

Segala pembayaran boleh dibuat secara Bank In atau Transfer Account ke no akaun diatas . 

*Awas...!!! Jika anda tidak melunaskan pembayaran dalam masa yg telah ditetapkan selama 3 kali berturut-turut , nama anda akan disenaraikan hitam ( Black List ) . Dimana anda langsung tidak dibenarkan untuk membuat sebarang lock atau Grab mana-mana item atau produk Galiga Idaman .

Hal demikian dilakukan kerana pihak kami tidak mahu menanggung kerugian dan membuang masa diatas sikap-sikap segelintir pihak yang tidak bertanggung jawab yang hanya mahu merosakkan mood pelanggan lain .

Sekiranya ada segelintir pihak terasa dengan isu sebegini , saya minta maaf kerana ini adalah prosedur kami di sini .

Harap sedikit info di atas dapat membantu anda dalam pembelian produk item Geliga Idaman .

0 comments:

Post a Comment